Saturday, 13 December 2014

She's My Besties :)

Assalamualaikum w.b.t ,

Haha . Finally , mood menulis datang kembali . Ececeh . Weh , harini kita nak cerita pasal seorang hamba Allah yang disayangi dan dikasihi dan dirindui oleh kita . Haha . Siyes tak tipu . Tengok tangan kita ni ! Hahaha ! Siyes !

Okaayy , guess whho is shee ?

Tralalalaa ... *Glitter , Glimmer and Sparkle ~
Drum ~

Okay , She is Nur Ruqaiyah bt Talib .. Ececeh :)


Okay , comel dok ? Tak sure gambar ni dah diedit atau tak . Haha !

Let's know her better ...

Nama : Nur Ruqaiyah bt Talib 
I called her : Ruqaiyah .. dulu kita panggil dia Qayah , Que , or G (hahaha)
D.O.B : 4th November 2000 ( Kita ingat sampai sekarang)
First kenal : 2006 kat Prasekolah SKPZ ..
First impression : "Okay , dia anak cikgu ! "
Family : 2 daripada 4
Rumah sukan : kuning tak pernah tukar
Benda yang kita jeles : Okay , dia tinggi dan langsing .. 

Haha , cukup cukup sudah ... Begitulah serba sedikit . Ececeh . Okay , first met masa prasekolah . (sorry wehh !) Waktu tu tak berapa suka dia ni sebab cikgu midah macam syg dia lebih . Haha . Lepas tu dia ni manja sebab anak cikgu . Tapi lama2 berkenalan .. Ececeh , I've fallen in love to her :) . Then , masuk darjah 1 , satu kelas ngan dia . Then , kitorang tak ingat mcm mana boleh rapat . Dia ni pandai .. Top kot ! Enam tahun kat SKPZ , kitorang makin rapat . Memahami sesama kita . Kadang2 tu geram jugak . Selalu gaduh . Still dawn on me , moment "taknak kawan2" masa kecik2 kan ... Hahah ... Ingat lagi , waktu darjah 2 diorang tak nak kawan kita . Okayy , kita tau kita salahh . Ye lah .. Ye lahh .. Haha ! 

Akhirnya berkat kesabaran dan kegigihan kami , ceh , kitorang berdua + cik piqah sekali dapat 5A . Seronok sangat bila kita orang tiga2 dapat stret A .  Then , kitorang terpisah sebab kita terpaksa membawa diri ke Gopeng dan dia ke Kajang . Lama jugak krikkrik .. then , kita hantar flyers kat dia . Tak sangka dia balas . Dah lah lawa .. Hahaa :) lepas tu kitorang gather balik reunion kat sekolah although kitorang ni dua orang je pun . Btw , seronok sangat pusing2 Kampung Batu 5 tu ngan dia . Haha . Heaven sangat waktu pergi sekolah dan cikgu2 cakap kita kurus dia chubby (jgn marah eh friend) ! Kay , dah panjang lagi . Banyak lagi kenangan ngan dia ni . Haha . Kalau taip berjuta hari pun takkan habis . 


Ni waktu hari raya . Sweet jugak posing kat tangga ?



Kay , ni waktu Hari Anugerah . Kitorang berkoir . Sedap tak suara ? #NoComment



Ni pulak waktu lawatan kat Melaka .


Ni masa hangout kat Tapah sebelum dapat result and Alhamdulillah kitorang 5A !

Okay , ni semua throwback masa kitorang kecik2 .. comel2 .. setelah dua tahun keluar dari kepompong SKPZ . Kitorang rupa macam ni :


Nampak tak kematangan nya tu ? Hahah :) 

Sebenarnya panjang lagi cerita pasal makcik ni tapi kita dah penat menaip . Hehehe . Btw . So please , Nur Ruqaiyah , can you be my best friend forever . Tolong jangan kecewakan kita macam Piqah buat kat kita . Janji ehh . So , hugs and kisses ... Uhibbukifillah sayang :)

Yours truly ,

Assalamualaikum

RasyiNajihah2708





Wednesday, 10 December 2014

Yayy ... Dah Dapat Pon !!!

Assalamualaikum semuanya ..

Berbalik kepada cerita untuk mendapatkan novel Miss You Mr Arrogant tu , kita nak bagitauu ni . Kita dah dapat dah novel tu . Kita pergi KL ?  Heheh . Tak lah ! Maksu kita yang tolong beli . Dia beli 2 lagi novel . Haha ! Excited kayy ! Sekarang ni kita menunggu pakcik postman datang rumah . Maksu kata dia nak post . Haha  ! Kbye .. Cuti pun tinggal berapa minggu je lagi . Hahaha .


Ni tangan adik saudara kita ! Haha ! Finally the novel is mine :)


Ok bye , 

Assalamualaikum

RasyiNajihah2708 



Monday, 8 December 2014

Miss You Mr Arrogant .. Siyes excited :)

Assalamualaikum .

Yayyy ! Aliesha Kirana dah buat sambungan novel/drama Love You Mr. Arrogant . Novel ni akan start dipasarkan Januari 2015 tapi dah start ada kat Ekspo Buku Malaysia 10-14 Disember ni . Kita maybe pergi dengan mak saudara .. Huhu , tak sabar wehh ! Mesti terbayang Zara dan Azlee ni :)


See , dia punya cover pun dah terbayang Zafriel Irham a.k.a Azlee Khairi kan ?


ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” - ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA

“Of course.” - IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant!
Kayy ! Siyes tak sabar dah ni  ! MYMA .. Here I come :)
Yours truly ,
RasyiNaRo 2708 :)


Sunday, 7 December 2014

2 Kindi Awesome :)

Assalamualaikum semua :)

Semenjak kita dimasukkan ke SBPI Gopeng . Kita dipertemukan dengan orang-orang yang sangat awesome , daebak , terbaik dan orang2 itu berlindung di bawah bumbung kelas Kindi .

Hahah , cerita dia macam ni kay . Lepas habis minggu orientasi , kitorang ada exam utk tentukan kelas . haha . Time dia umumkan kelas tu , dia sebut kelas biruni dulu . maybe sebab start huruf B . Hahah . and Jannati , budak adik2ku tu . masuk kelas tu . So kita ingat tu lah class first dan berharap masuk kelas tu . then ternyata hampa . Lepas tu dah terfikir yang .. "oh , aku ni tak lah pandai sangat , kat SBP tak leh masuk kelas first . " Haha . Lepas tu target masuk kelas yang second .. Second dia sebut Farabi . Okay . Tunggu punya tunggu ... Sampai berjanggut lahh kan , tak jugak nama Nur Rasyidah Najihah bt Rosli ni dipanggil . Dalam hati cakap . "heshh , bodoh sangat ke aku ni  ? " then , bila mention nama kelas kindi (for me I think it is the last class . nama pun pelik . Kindi ) . Dan kami pun beratur lah ke kelas .

Masuk kelas , ada guru kelas kitorang which is Cikgu Rafidah Ghazali . haha . disebabkan cikgu ni speaking and nampak garang .. Kita tersalah anggapan . Kita ingat cikgu ni tak best lah . garang lah . and so on . Teruk suuzzon kita ni . Kay , then pilih ajk kelas . Aiman Roslan yang kita selalu jumpa kat pertandingan tu Ketua Kelas . Ececeh . Menyampah kita . Tapi , kita tak dapat apa2 jawatan . Padan muka kau Rasyidah , siapa suruh tak menyerlah masa orientasi . Kita ni memang susah sikit nak adapt dengan suasana baru . Bayangkan homesick nya tu sampai call mak pukul 4 pagi . Makcik guard yang pujuk kita waktu nangis tuu . Makcik tu ingat sampai sekarang . Maybe sebab tu kita hot kot kat pondok guard .

Lepas tu , kitorang berbincang lah itu dan ini . Then , baru kitorang sedar yang kelas kitorang full 30 orang . Menurut senior , kelas yang full tu lah kelas yang pertama . oh yeahh . (bangga kita sebab menang ngan jannati :P) Kitorang ada study KKQ . Kelas lain takde . Lepas tu yang best , lelaki kat kelas kitorang first class . Semua sempoi2 . Baik . Alim tapi takde lah bajet alim macam kelas lain . Ikhtilat dijaga tapi tak lah tak boleh communicate langsung. Perempuan pulak , maybe sebab kelas kitorang yang agak educated sikit , so perempuan dia bukan tipical perempuan yang liar . Takde wak lu wak lu kelas kitorang . Semua baik baik , guna kita kamu . hormat kawan , sayang kawan and also mematuhi peraturan . Haha . naqibah sayang kot kelas kitorang . selalu kena puji . Cikgu2 pun suka sebab katanya kelas kitorang ceria dan baik dan menurut Cikgu Wan Norzihan , kelas kitorang memang buat dia semangat belajar . haha ! best kan . Maybe sebab kelas kitorang selalu jadi the last tutup lampu sebab siapkan homework dgn seelok2nya , sekemas2nya . seperfect2nya.


lawa kan kelas . ni masa F1 :)


Syaf (pkk f1) , Fatah (pkk f2) and nana :) rajin kan diorang


dua benda kata atas tu kita yang buat kayy :)


yang ni , orang gambar atas tu yang buat

Kelas kitorang pun terkenal sebab ada budak2 yang kreatif , boleh bercakap , baik and so on . Tema kelas kitorang masa form 1 (angkasa) haha . masa form tu ni (secret garden) . Masa F2 ni kelas kitorang setiap minggu dapat kelas terbersih . hahah . sampai satu tahap , kitorang dengan rela hatinya bagi takhta tu kat orang lain . Hahah . Masa F2 , guru kelas kitorang Sensei Nafisah . Dia cikgu Jepun . Terkejut lah jugak masa daftar awal tahun 2014 tu kan . First sebab kitorang tak tukar kelas , second sebab dia guru kelas . Perghh , garang weh . Tapi sensei ni kreatif . Dia banyak ajar kitorang origami and siap jahitkan langsir lagi .


Cantik kan langsir tu :) Ni masa F2



Ni pulak origami nyaa . Budak baju merah tu excited dapat teddy bear :)


Banyak gila pengalaman dalam kelas ni . ada suka , ada duka .

Dukanya , mention je . Taknak cerita . Yang paling sedihnya memang tang Kak Fizah lahh . apa lagi . Benci aku pompuan tu . Kbye . Then , macam mana result akademik aku jatuh sebab terlalu busy dan bermainn2 dalam kelas . Waktu kelas dipulau and waktu batch sangat bermasalah . Haha , yang paling diingat waktu budak lelaki marah kitorang dan tak percaya kitorang , Kitorng wat senyap . Tak layan diorang . Waktu prep pagi kitorang buat2 merajuk . Semua perempuan tak masuk kelas . Haha . Tapi sebenarnya gi rumah cikgu rabitah buat kek coklat . Lepas tu terkedek2 Amirul datang . Then , malam tu diorang mintak maaf . Hahah . Ececeh , sweet tak ? Sweet kenn ?

Kelas kitorang pun aktif meniaga2 ni . kitorang meniaga waktu karate , hari sukan and hari usahawan . Wuu , Untung beb . Disebabkan kitorang rajin meniaga dan selalu dapat kelas terbersih . Kitorang punya duit kelas beribu2 . Nak tauu amount tanya Zahra Kamilah , bendahari berwibawa.  Lepas tu , kelas kitorang menang nombor 3 kelas merdeka masa form 1 . Daebak kan ? Lepas tu menang tempat pertama replika kapal . Kitorang menang dengan form 5 kot . diorang nombor 2 . Lepas tu menang buat rekaan bangunan . Berterima kasih kepada Ikmal Hilmi (bakal arkitek) dan Aiman Roslan .




Ni masa Day of Fun F1 :)









Ni masa Day of Fun f2 :)



Ni pulak , masa berniaga


Kelas ni pon supportive sangat . Kita ingat lagi pasal lappy tu . Diorang yang jadi saksi and support kitaa . Sayang korangg . Muahh :)




Ni pulak memori2 masa raya , cikgu pindah dan sebagainya :)


Gambar kelas skema


 Ni yang gegila

Haha , panjang gila entry ni . Okay ..

Yours faithfully ,


RasyiNajihah 2708


Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tercinta :)

Assalamualaikum .

26.11.2014 .

Kay ! disebabkan rindu yang terlalu tahap gaban so kita ngan best friend kita Ruqaiyah gi sekolah yang dah lama tak dijejaki .

Ececeh , kononnya motif nak teman Ruqaiyah yang nak ikut ambik result adik dia . Haha.  Tapi sebenarnya sebab kita rindu sangat .


Parlons de Ruqaiyah , nama dia Nur Ruqaiyah bt Talib . Dia ni BFF kita . hahah . Dia legend SKPZ , 5A . Now, dia sekolah kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang . Wuu . Naqibah kot dia ni , jangan main2 . Haha ! Tapi sempoi lohh ! Tauu tak , betapa penatnya kita ngan dia pergi banyak gila rumah . Last2 kitorang dua je yang pergi ke sekolah . Tak pe lah awak , nice experience kan ? Jarang bersweet2 ngan dia dah ! Heheh :) Sampai2 sekolah terus pusing2 masuk kelas ni . masuk kelas tu . haha.





 Ni kawasan sekolah lah . Tapi ni tempat yang ceruk . Kitorang duduk kat sini sebab malu nak masuk dewan . Haha ! Alumni lah katakan ! Ececehh !


 Masa tengah tunggu cikgu2 bermesyuarat , kitorg duduk kat kantin and then jumpa lahh lagi sorang budak batch kitorang . Rapat lah jugak . Nama dia Izzati . Anak cikgu Wan . Sebenarnya kitorang gi rumah dia tapi sebab tgk rumah dia kunci , kitorang dah agak dah dia datang . Bak kata senior kat Gopeng , kalau nak tengok kekuatan sesebuah batch tu , tgk berapa banyak budak batch tu yang datang sekolah balik lepas keluar . Alhamdulillah , batch kitorang ada lah 4 orang datang . Kitorang bertiga , lagi sorang Amira nama dia . Dia datang ambik result adik jugak . hahah :)

Lepastu , cikgu2 keluarlah dari meeting room . ececeh . tetiba nervous . cikgu2 dah turun . pastu kitorang pon pergi lah ke tangga untuk JEJAK KASIH . hahah . Alhamdulillah , diorang still kenal kita tapi just diorang kata KURUS . haha . budak asrama maybe . Ruqaiyah diorang tak cam sangat sebab dia makin chubby kot . haha . Jgn marah ehh awok ! Yang paling rindu Teacher Alauyah , dia ajar Math . Dia turun lambat sikit . Hahah . kitorang hampir2 tak perasan sebab fesyen teacher ni dah lain . Nampak je , kitorang terus salam . Tak sangka teacher terus peluk kitorang ketat2 . haha . Rindu kot dengan anak murid kesayangan dia dua orang ni , Ye lah , dah dua tahun kitorang tak jumpa . Furthermore , dia ajar kitorang dari darjah 2 sampai 6 . Rasa macam mak pun ada . Teacher ni garang gila . Pernah jugak lah kita kena cubit perut . Sakit wohh .

Kita ingat lagi , dia tak pernah bagi kita 100 . Dia strict gila tanda . Latihan pun banyak gila . Yang paling tak boleh lupa masa kita sakit masa tahun 2 , dia datang kat bilik sakit tu haha , ajak kita masuk kelas . Tiga bulan kot . Dah lah waktu tu kita ketua kelas dan dia guru kelas . Tapi pengalaman yang paling kita ingat , waktu lepas habis trial , baca yassin dalam dewan . Teacher pulangkan kertas trial math . Lepas tu dia bagi kat kita kertas math tu 100% . Teacher cakap TAHNIAH ! Time tu betul2 rasa tak sangka . Dah lah waktu jawab exam tu kita baru keluar hospital . And , another one .. yang paling kita tak leh lupa gaks masa kita darjah 5 , time tu tengah lari utk Larian Serentak 1 Malaysia . Kita ni kan gemuk . waktu tu , nak lari pusing padang lepas lari pusing rumah murah. tiba2 teacher pegang tangan kita pastu kitorang lari sama2 pusing padang sambil pegang tangan . ramai yang gelak . Kitorang yang lari ni pun gelak2. Happy sangat waktu tu . *Wargghhh , rindu teacher*

Dulu , teacher , before start ajar , kitorang kena buat sifir 2 minit . kitorang buat petak dia siap2 lepas tu dia kata start , then kitorang buat . dari darjah 4 kot buat . hahah . masa darjah 5 , kita mesti jadi orang first angkat . Cehh , sebab 1 minit dah siap . haha . tapi pernah sekali tu , tak tau nape . Berangan apa tah , lambat . last2 angkat je tangan . (sorry teacher T_T) . Tapi tak tau nape , selama kita hidup , dia cikgu math yang paling best . Rasa sayang sangat kat dia walaupun ramai yang takut sebab dia garang . Maybe sebab dia ikhlas mengajar . Tapi dia suka melawak sebenarnya . Siyes , rugi siapa yang tak kenal dia betul2 . Haha . Ingat lagi kitorang waktu darjah 5-6 , nak tau tcher garang ke tak haritu tgk baju dia . Kalau dia pakai baju colour terang , garang lah tu  . Kalau lembut , pehh , baik beb ! Dia jadi guru kelas kita dari darjah 2 sampai 5 . hahah . tak leh stop cerita pasal techer tak tau nape ! hahah !Tak tauu lah kenapa , makhluk ni tak lah aktif sukan . haha . tapi tetiba terpilih jadi naib pengerusi rumah merah . dah lah teacher ketua guru rumah waktu tu . hahah . banyaknya kenangan . nanti sambung ehh .

K. then , kitorang masuk dewan dengan teacher . Malangnya dewan penuh . Dan kitorang duduk kat kantin . Alhamdulillah 10 orang 5A . Bersyukur , Alhamdulillah !
Lepas tu , ingat nak selfie ke ngan teacher . Cari , tak jumpa . heshh , mana teacher ni . Ya Allah , rupanya teacher tengah mengajar . Teacher ajar tuisyen darjah 5 . Kita memang target nak selfie ke salam ke sebab kitorang nak balik dah . Tapi perasaan takut kat teacher tu still ada . HAHAHA . Kitorang takut , lalu lalang kat kelas 2IK . Lepas tu pura2 masuk 2IS . Time tu dapat lah dengar suara tcher mengajar . Perghh , rindu wehh ! Haha . Last2 entry ni dipenuhi tentang Teacher . Hahah . Biarlah ! Then , kitorang menyorok kat kereta lahh . Kereta tcher memang diparking depan kelas tu . hahah !


Ni kita yang menyorok kat 2IS


Ni muka orang yang takut tu . Hahah , comel kan kereta teacher :)

Last2 dapat jugak selfie . Ececeh , Ruqaiyah berani gila panggil teacher . Katanya teacher kat pintu waktu tu . 

Teacher siap pesan lagi kat kitorang all the best PT3 tahun depan . Hahah .Teacher ingat kitorang lagi, tak yah tanya kitorang form berapa . Haha ! Although kita agak spoil dalam gambar tu . Excited kot selfie ngan teacher . Dia siap melawak lagi ngan kitorang pasal PT3 . Stylo kan teacher . nampak tak pen marker kat tangan dia tu . HAHA . kitorang culik dia kejap daripada kelas tu . Kita paling takleh lupa cikgu2 lain cakap .. "ish , kome ni dah lain !" lepas tu teacher kata "ye lah , diorang kan dah besar, pandai lah jaga diri , budak asrama kan " Dia siap puji lagi gambar tu . hahah . Ramai jugak lah yang cakap rindu kat teacher selepas gambar tu dipost kat fb . hahah .

Before we bid farewell , lepas salam , teacher pandang kita .. maybe teringat kenangan lalu kot , terus pegang kepala kita .. Lepas tu terus peluk ketat2 . Hahah , budak2 kat dalam tu tengok je . Maybe terkezut kot , ye lah teacher yang diorg kenal kan garang . haha . boleh peluk kitorang mcm tu , siap gelak2 lagi kat luar tu . Hahah . Pastu kita balik , memandangkan ayah tak balik tengahari tu , kita singgah lah dekat kedai depan sekolah tu. Jumpa pulak Sir Shukri . haha . cikgu feveret jugak tu . kitorang kamcing gila . dia ajar dari darjah 4-6 . mana tak rapat . especially lah kita yang bising ni . hahha . memang selalu sembang lahh .



Ni gambar masa darjah 5 . Darjah 6 takde tangkap gambar T_T . Teacher guru kelas waktu tu . Nampak dia pakai baju biru , maksudnya mood dia baik . haha (sorry teacher)



Ni dekat sikit , kita yang duduk sebelah penolong ketua kelas . Maaflah tembam sikit . haha !

Nanti kita sambung lagi pasal sekolah rendah eh . At least , kalau kita dah besar ke dah tua ke nyanyuk ke , amnesia ke . tak lah memori ni hilang macam tu je . haha . :)

Assalamualaikum 

RasyiNajihah 2708 :)