Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tercinta :)

Assalamualaikum .

26.11.2014 .

Kay ! disebabkan rindu yang terlalu tahap gaban so kita ngan best friend kita Ruqaiyah gi sekolah yang dah lama tak dijejaki .

Ececeh , kononnya motif nak teman Ruqaiyah yang nak ikut ambik result adik dia . Haha.  Tapi sebenarnya sebab kita rindu sangat .


Parlons de Ruqaiyah , nama dia Nur Ruqaiyah bt Talib . Dia ni BFF kita . hahah . Dia legend SKPZ , 5A . Now, dia sekolah kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang . Wuu . Naqibah kot dia ni , jangan main2 . Haha ! Tapi sempoi lohh ! Tauu tak , betapa penatnya kita ngan dia pergi banyak gila rumah . Last2 kitorang dua je yang pergi ke sekolah . Tak pe lah awak , nice experience kan ? Jarang bersweet2 ngan dia dah ! Heheh :) Sampai2 sekolah terus pusing2 masuk kelas ni . masuk kelas tu . haha.





 Ni kawasan sekolah lah . Tapi ni tempat yang ceruk . Kitorang duduk kat sini sebab malu nak masuk dewan . Haha ! Alumni lah katakan ! Ececehh !


 Masa tengah tunggu cikgu2 bermesyuarat , kitorg duduk kat kantin and then jumpa lahh lagi sorang budak batch kitorang . Rapat lah jugak . Nama dia Izzati . Anak cikgu Wan . Sebenarnya kitorang gi rumah dia tapi sebab tgk rumah dia kunci , kitorang dah agak dah dia datang . Bak kata senior kat Gopeng , kalau nak tengok kekuatan sesebuah batch tu , tgk berapa banyak budak batch tu yang datang sekolah balik lepas keluar . Alhamdulillah , batch kitorang ada lah 4 orang datang . Kitorang bertiga , lagi sorang Amira nama dia . Dia datang ambik result adik jugak . hahah :)

Lepastu , cikgu2 keluarlah dari meeting room . ececeh . tetiba nervous . cikgu2 dah turun . pastu kitorang pon pergi lah ke tangga untuk JEJAK KASIH . hahah . Alhamdulillah , diorang still kenal kita tapi just diorang kata KURUS . haha . budak asrama maybe . Ruqaiyah diorang tak cam sangat sebab dia makin chubby kot . haha . Jgn marah ehh awok ! Yang paling rindu Teacher Alauyah , dia ajar Math . Dia turun lambat sikit . Hahah . kitorang hampir2 tak perasan sebab fesyen teacher ni dah lain . Nampak je , kitorang terus salam . Tak sangka teacher terus peluk kitorang ketat2 . haha . Rindu kot dengan anak murid kesayangan dia dua orang ni , Ye lah , dah dua tahun kitorang tak jumpa . Furthermore , dia ajar kitorang dari darjah 2 sampai 6 . Rasa macam mak pun ada . Teacher ni garang gila . Pernah jugak lah kita kena cubit perut . Sakit wohh .

Kita ingat lagi , dia tak pernah bagi kita 100 . Dia strict gila tanda . Latihan pun banyak gila . Yang paling tak boleh lupa masa kita sakit masa tahun 2 , dia datang kat bilik sakit tu haha , ajak kita masuk kelas . Tiga bulan kot . Dah lah waktu tu kita ketua kelas dan dia guru kelas . Tapi pengalaman yang paling kita ingat , waktu lepas habis trial , baca yassin dalam dewan . Teacher pulangkan kertas trial math . Lepas tu dia bagi kat kita kertas math tu 100% . Teacher cakap TAHNIAH ! Time tu betul2 rasa tak sangka . Dah lah waktu jawab exam tu kita baru keluar hospital . And , another one .. yang paling kita tak leh lupa gaks masa kita darjah 5 , time tu tengah lari utk Larian Serentak 1 Malaysia . Kita ni kan gemuk . waktu tu , nak lari pusing padang lepas lari pusing rumah murah. tiba2 teacher pegang tangan kita pastu kitorang lari sama2 pusing padang sambil pegang tangan . ramai yang gelak . Kitorang yang lari ni pun gelak2. Happy sangat waktu tu . *Wargghhh , rindu teacher*

Dulu , teacher , before start ajar , kitorang kena buat sifir 2 minit . kitorang buat petak dia siap2 lepas tu dia kata start , then kitorang buat . dari darjah 4 kot buat . hahah . masa darjah 5 , kita mesti jadi orang first angkat . Cehh , sebab 1 minit dah siap . haha . tapi pernah sekali tu , tak tau nape . Berangan apa tah , lambat . last2 angkat je tangan . (sorry teacher T_T) . Tapi tak tau nape , selama kita hidup , dia cikgu math yang paling best . Rasa sayang sangat kat dia walaupun ramai yang takut sebab dia garang . Maybe sebab dia ikhlas mengajar . Tapi dia suka melawak sebenarnya . Siyes , rugi siapa yang tak kenal dia betul2 . Haha . Ingat lagi kitorang waktu darjah 5-6 , nak tau tcher garang ke tak haritu tgk baju dia . Kalau dia pakai baju colour terang , garang lah tu  . Kalau lembut , pehh , baik beb ! Dia jadi guru kelas kita dari darjah 2 sampai 5 . hahah . tak leh stop cerita pasal techer tak tau nape ! hahah !Tak tauu lah kenapa , makhluk ni tak lah aktif sukan . haha . tapi tetiba terpilih jadi naib pengerusi rumah merah . dah lah teacher ketua guru rumah waktu tu . hahah . banyaknya kenangan . nanti sambung ehh .

K. then , kitorang masuk dewan dengan teacher . Malangnya dewan penuh . Dan kitorang duduk kat kantin . Alhamdulillah 10 orang 5A . Bersyukur , Alhamdulillah !
Lepas tu , ingat nak selfie ke ngan teacher . Cari , tak jumpa . heshh , mana teacher ni . Ya Allah , rupanya teacher tengah mengajar . Teacher ajar tuisyen darjah 5 . Kita memang target nak selfie ke salam ke sebab kitorang nak balik dah . Tapi perasaan takut kat teacher tu still ada . HAHAHA . Kitorang takut , lalu lalang kat kelas 2IK . Lepas tu pura2 masuk 2IS . Time tu dapat lah dengar suara tcher mengajar . Perghh , rindu wehh ! Haha . Last2 entry ni dipenuhi tentang Teacher . Hahah . Biarlah ! Then , kitorang menyorok kat kereta lahh . Kereta tcher memang diparking depan kelas tu . hahah !


Ni kita yang menyorok kat 2IS


Ni muka orang yang takut tu . Hahah , comel kan kereta teacher :)

Last2 dapat jugak selfie . Ececeh , Ruqaiyah berani gila panggil teacher . Katanya teacher kat pintu waktu tu . 

Teacher siap pesan lagi kat kitorang all the best PT3 tahun depan . Hahah .Teacher ingat kitorang lagi, tak yah tanya kitorang form berapa . Haha ! Although kita agak spoil dalam gambar tu . Excited kot selfie ngan teacher . Dia siap melawak lagi ngan kitorang pasal PT3 . Stylo kan teacher . nampak tak pen marker kat tangan dia tu . HAHA . kitorang culik dia kejap daripada kelas tu . Kita paling takleh lupa cikgu2 lain cakap .. "ish , kome ni dah lain !" lepas tu teacher kata "ye lah , diorang kan dah besar, pandai lah jaga diri , budak asrama kan " Dia siap puji lagi gambar tu . hahah . Ramai jugak lah yang cakap rindu kat teacher selepas gambar tu dipost kat fb . hahah .

Before we bid farewell , lepas salam , teacher pandang kita .. maybe teringat kenangan lalu kot , terus pegang kepala kita .. Lepas tu terus peluk ketat2 . Hahah , budak2 kat dalam tu tengok je . Maybe terkezut kot , ye lah teacher yang diorg kenal kan garang . haha . boleh peluk kitorang mcm tu , siap gelak2 lagi kat luar tu . Hahah . Pastu kita balik , memandangkan ayah tak balik tengahari tu , kita singgah lah dekat kedai depan sekolah tu. Jumpa pulak Sir Shukri . haha . cikgu feveret jugak tu . kitorang kamcing gila . dia ajar dari darjah 4-6 . mana tak rapat . especially lah kita yang bising ni . hahha . memang selalu sembang lahh .



Ni gambar masa darjah 5 . Darjah 6 takde tangkap gambar T_T . Teacher guru kelas waktu tu . Nampak dia pakai baju biru , maksudnya mood dia baik . haha (sorry teacher)



Ni dekat sikit , kita yang duduk sebelah penolong ketua kelas . Maaflah tembam sikit . haha !

Nanti kita sambung lagi pasal sekolah rendah eh . At least , kalau kita dah besar ke dah tua ke nyanyuk ke , amnesia ke . tak lah memori ni hilang macam tu je . haha . :)

Assalamualaikum 

RasyiNajihah 2708 :)

Comments

Popular Posts