Monday, 23 November 2015

Ke Taiping Ke Kita :)

Okay , ni masa Lawatan Geografi Pasca PT3 Daerah Kinta Selatan

Kita pergi dengan Aiman , Amirul dan Aisyah . Ehh , Triple A ?  Cikgu pulak , siapa lagi , cikgu bahas kita laa , Cikgu Suhaimi Harun .

Excited jugak lahh nak pergi . ahakss . Siap cari maklumat bagai . OVER =='


Dari kiri : Amirul , Aiman n Aisyah


Dalam van IGOP .. HAHA , bukan selalu kan ? 

Kitorang gather kat RTC Gopeng . HAHA . Tak beli apa-II pun . Ye lahh , awal pagi MYDIN pun tak bukak lagi .


Ni namanya pose gatal kat depan RTC . Ngadaa jeee .. tapi bukan selalu boleh snap gambar kat sini .

Lepas bas sampai , kami pun berlari selaju mungkin sebab nak naik bas lawa . HAHA . Actually , ada 2 bas . Satu bas lawa , satu bas sekolah . Bas lawa ada air-cond , you got my point !  . So , kami berempat dengan penuh ke-gangster-an nyaa .. *hancus bahasa kita* terus duduk kat kerusi yang paling belakang sekali . Dah lah 4 kerusi tu yang paling tinggi . Cehh , rasa berkuasa pulak tetiba .

Okay , sampai pun ke destinasi utama guys :) 


Tempat ni dapat pengiktirafan dunia , tak silap la *the best mangrove management* . Proud to be MALAYSIAN :)


Ni pokok bakau . Bakau yang banyak kat sini BAKAU MINYAK


Ni benih dia n bunga dia . Yang benih ni , kalau kita ambil pastu baling kat tanah paya , terus tercacak . Tapi sedih , kita buat dua kali , still tak menjadi :'(

Kitorang dibawa pergi Mangrove Walk 1.5 km . Jauh tak ? HAHA . Kurus kitaaa :P Okay , lepas tu ada penerangan sikit pasal pokok bakau masa mangrove walk tu . Nama tour guide kita PAK ABU . Dia pakai topi ala-II Mr. Potato tuu . haaa . Yang macam koboi tu . Thanks Pak Abu , banyak betul info yang kitorang dapat .

Then , kitorang dibawa ke kilang charcoal . Tak sangka charcoal tu dibuat daripada pokok bakau . Yang macam igloo tu tempat bakar dia . Bukan senang tau nak buat arang . Dia ada banyak peringkat . Suhu nak bakar berbeza kat setiap peringkat . Lepas bakar bukan senang-II nak ambik , kena tunggu 2-3 hari baru boleh masuk dalam tu . Kitorang pulakk , alhamdulillah ada satu igloo yang boleh kami masuk . Wushh , macam steam cave dah rasa dia , patutlahh pakcik2 bangla dengan makcik2 kat situ kurus-II belaka . Tapi .. HAHA . Badan bau arang laa lepas keluar :)


Ni kayu bakau nyaa . Tapi before process , kena buang kulit dulu .


Ni la igloo nya . Guys , jangan salah anggap okay , benda ni tak mencemarkan alam . Tak percaya , meh kita buktikan ?

Menurut buku sains PT3 , kayu apabila dibakar mengeluarkan KARBON . So , Carbon + Oxygen : CO2 + Heat + Light . And also , jelaga akan keluar sekali . So , not good for nature .  Tapi kan , kat asap dia tu , kitorang dah try , keluar water vapour je . Sebab dia tak bakar , dia ala-II grill je ..


Ni rupa kat dalam dia :)



And the best part ialah masa semai benih bakau minyak ni .




Muka gataii nohhh XD












Lepas semai , kita sambung tour kat paya bakau . Lawa kan ?

Pak Abu cakap dekat area sini ada dolphin sungai . DOLPHIN ?  Aah yang macam cerita Go Diego Go tu ..  comel kan ? Pak Abu kata kalau nak tengok dia , kena naik bot . Kat Taiping ada tiga jenis . Semua colour dia ala-II pink2 gitu . Comel ahh . Next time okay . 

The best thing I learnt here , MAKIN KITA DEKAT DENGAN ALAM MAKIN DEKAT ALAM DENGAN KITA :)

Jujur , kita bukan pencinta alam pun . Tapi lepas lawatan ni , maybe I can change my mind , kan ?

Dah lapar kan , JOM MELANTAK ! haha . And the most popular food in Kuala Sepetang is ..



Yeahhh .. mi udang guys . Besar tak udang dia ? Credit to photographer dia . HAHA . Kita laa :)

Kitorang beli dua kongsi empat . Ceh .. and kita yang bertanggungjawab men'divide' kan kepada budak-II kelaparan tu . Cikgu cakap dah macam mak orang dah . HAHA . Yes , I'm ready .. So , DEAR FUTURE HUSBAND .. lalalala ..





Beside mi udang tu , kami ada nasi buffet .

Berikutan pengalaman makan nasi buffet hari-II membolehkan kami begitu cekap mengambil nasi dengan pantas sepantas bunyi kriuk-II dalam perut .

Then before balik , kami singgah di Kuala Kangsar kat Kilang Labu Sayong . Siyes , adore their creativity and hardwork !



Okay .. tamatlah lawatan kami . Cehh . Sampai kat sekolah , Kita PHOTOSHOOT sikit okayyy !




Yours austere , 


-RasyiNajihah2708-













Hilang Dunia Bersama Mereka :)

Lepas pititri haritu , hidup agak BOSAN plus result exam yang MENCAKAR-II hati hambaaa .. *aicehhh , sejak bila ai pandai berpuitis ni* . hehh .. tiba-tiba sel-II otak berhubung nak hangout ngan kawan-II . Memang excited gilaa lah kan , sebab first time hangout dengan WAVIANS kan ? Seriously first time .. Yes , kita mmg BUDAK HOSTEL . Tapi kita tak pernah outing ngan kawan. HAHA . kita memang tak pernah miss outing  Ulang , tak pernah miss outing okayy . Tapi kesemuanyaa ngan mak ayah . MANJA ? ngeee .. mungkin . actually , kita tak suka keluar duit sendiri .. tapi kalau mak yang beli ... urmmm .. KITA HAPPY .. haha . teruk kan ?

So tetiba dengar lahh beberapa budak Zamrud ni nak hangout . Pastu gatal-II kata nak join . Mintak kat mak ngan ayah , alhamdulillah diorang kasi . Yayyy !! haha . Tetapi tiba-II ada ura2 mengatakan budak TENJI pun akan join sama . Alamak . Matilanakkk !!! HAHA . WHATEVER .

Maka , pada hari pertama cuti persekolahan 2015 a.k.a 21.11.2015 , berjumpalah Nana , Hasya , Syaf , Farah , Aisyah dan Rasyidah di bumi Tambun .

Walaupun kita yang paling jauh , haha bolehlah 30 km +/- , tapi kita sampai dulu okayy .. Hasya , Syaf n Farah stay rumah Nana kat SP . Waktu kat entrance tuu , nasib baik Nana agak obvious dengan tudung dia tuu . HAHA .

I thaught Nana pandai ah nak beli tiket . Hailahh , tetiba malu dia menjelma pulak . Nasib baik kita pandai berkomunikasi XD . Thanks to Ayah's Petronas Card dapatlah diskaunn . *Ceh , tu pun nak cerita ke ?*

Maka berseronoklah kami di sana . Terima kasih kepada makcik yang sudi menjaga beg-II kami . HAHA . Muka redha je makcik tu .




Agak ramai jugak orang waktu tu . Cuti kenn ?


Waktu ni sebab spek Aisyah jatuh .. Selfie , spek jatuhh pun tak perasan XD




HAHA . Gedik tak ? Sorry , ni je gambar waktu mandi . Phone suka hati je tinggal dalam beg . Nasib baik orang tak curi . Lagi pun , tak best lah asyik dengan phone je memanjang . 

"Tak jumpa TENJI ke ? " HAHA . Jumpa je . Masa awal-II tu tak jumpa pun . Tapi masa tengah queue nak naik rollercoaster , boleh tahan panjang jugak lah queue tu , tetiba TENJI menjelma . Cehh .. dan dan turn kitorang sampai . Apa lagi ,,, CABUT !! haha . 

Kitorang naik semua benda . Haha . Dari gelongsor belit-II , sampai ke gelongsor laju , dari kolam air sejuk , ke kolam air panas , sungai tu pulak , dari hujung sampai hujung satu lagi . Enjoy gila sampai pelampung pun tertukar kan ? dari fun fair pusing-II , sampai ke Pirate Boat .. *ehh , tu ke nama dia?* haha . GUGUR JANTUNG nak !! HAHA . 

Last-II , dah tak larat mandi ... SELFIE TIME :)


Agak jakun sebab ada nama WAVE kat situ 


Dari kiri : me , Aisyah , Syaf , Farah , Nana n Hasya



ft. Syaf & Farah 


Okayy , muka nana agak GEDIK ! haha . kbyeee XD



Ni pulak dormmate punya cerita . ft. HASYA , budak kampung ai je guys ! 


Tak lama lepas tu , mak nana sampai . so , tinggallah kita ngan Aisyah . HAHA . Apa lagi ? Funfair satu round lahhh !!



Ni masa naik yang Pirate Boat tu .. haha . CUAK bapakk ahhh !



Ni yang pusing-II tu . Agak tak selesa sebab kita pakai skirt . Malu kitaaa :)




Before balik pun sempat selfie kat entrance :








Bye Wavianss , jumpa lagi sayang sayang :*


Yours darkening ,


-RasyiNajihah2708-