Monday, 23 November 2015

Ke Taiping Ke Kita :)

Okay , ni masa Lawatan Geografi Pasca PT3 Daerah Kinta Selatan

Kita pergi dengan Aiman , Amirul dan Aisyah . Ehh , Triple A ?  Cikgu pulak , siapa lagi , cikgu bahas kita laa , Cikgu Suhaimi Harun .

Excited jugak lahh nak pergi . ahakss . Siap cari maklumat bagai . OVER =='


Dari kiri : Amirul , Aiman n Aisyah


Dalam van IGOP .. HAHA , bukan selalu kan ? 

Kitorang gather kat RTC Gopeng . HAHA . Tak beli apa-II pun . Ye lahh , awal pagi MYDIN pun tak bukak lagi .


Ni namanya pose gatal kat depan RTC . Ngadaa jeee .. tapi bukan selalu boleh snap gambar kat sini .

Lepas bas sampai , kami pun berlari selaju mungkin sebab nak naik bas lawa . HAHA . Actually , ada 2 bas . Satu bas lawa , satu bas sekolah . Bas lawa ada air-cond , you got my point !  . So , kami berempat dengan penuh ke-gangster-an nyaa .. *hancus bahasa kita* terus duduk kat kerusi yang paling belakang sekali . Dah lah 4 kerusi tu yang paling tinggi . Cehh , rasa berkuasa pulak tetiba .

Okay , sampai pun ke destinasi utama guys :) 


Tempat ni dapat pengiktirafan dunia , tak silap la *the best mangrove management* . Proud to be MALAYSIAN :)


Ni pokok bakau . Bakau yang banyak kat sini BAKAU MINYAK


Ni benih dia n bunga dia . Yang benih ni , kalau kita ambil pastu baling kat tanah paya , terus tercacak . Tapi sedih , kita buat dua kali , still tak menjadi :'(

Kitorang dibawa pergi Mangrove Walk 1.5 km . Jauh tak ? HAHA . Kurus kitaaa :P Okay , lepas tu ada penerangan sikit pasal pokok bakau masa mangrove walk tu . Nama tour guide kita PAK ABU . Dia pakai topi ala-II Mr. Potato tuu . haaa . Yang macam koboi tu . Thanks Pak Abu , banyak betul info yang kitorang dapat .

Then , kitorang dibawa ke kilang charcoal . Tak sangka charcoal tu dibuat daripada pokok bakau . Yang macam igloo tu tempat bakar dia . Bukan senang tau nak buat arang . Dia ada banyak peringkat . Suhu nak bakar berbeza kat setiap peringkat . Lepas bakar bukan senang-II nak ambik , kena tunggu 2-3 hari baru boleh masuk dalam tu . Kitorang pulakk , alhamdulillah ada satu igloo yang boleh kami masuk . Wushh , macam steam cave dah rasa dia , patutlahh pakcik2 bangla dengan makcik2 kat situ kurus-II belaka . Tapi .. HAHA . Badan bau arang laa lepas keluar :)


Ni kayu bakau nyaa . Tapi before process , kena buang kulit dulu .


Ni la igloo nya . Guys , jangan salah anggap okay , benda ni tak mencemarkan alam . Tak percaya , meh kita buktikan ?

Menurut buku sains PT3 , kayu apabila dibakar mengeluarkan KARBON . So , Carbon + Oxygen : CO2 + Heat + Light . And also , jelaga akan keluar sekali . So , not good for nature .  Tapi kan , kat asap dia tu , kitorang dah try , keluar water vapour je . Sebab dia tak bakar , dia ala-II grill je ..


Ni rupa kat dalam dia :)



And the best part ialah masa semai benih bakau minyak ni .




Muka gataii nohhh XD












Lepas semai , kita sambung tour kat paya bakau . Lawa kan ?

Pak Abu cakap dekat area sini ada dolphin sungai . DOLPHIN ?  Aah yang macam cerita Go Diego Go tu ..  comel kan ? Pak Abu kata kalau nak tengok dia , kena naik bot . Kat Taiping ada tiga jenis . Semua colour dia ala-II pink2 gitu . Comel ahh . Next time okay . 

The best thing I learnt here , MAKIN KITA DEKAT DENGAN ALAM MAKIN DEKAT ALAM DENGAN KITA :)

Jujur , kita bukan pencinta alam pun . Tapi lepas lawatan ni , maybe I can change my mind , kan ?

Dah lapar kan , JOM MELANTAK ! haha . And the most popular food in Kuala Sepetang is ..



Yeahhh .. mi udang guys . Besar tak udang dia ? Credit to photographer dia . HAHA . Kita laa :)

Kitorang beli dua kongsi empat . Ceh .. and kita yang bertanggungjawab men'divide' kan kepada budak-II kelaparan tu . Cikgu cakap dah macam mak orang dah . HAHA . Yes , I'm ready .. So , DEAR FUTURE HUSBAND .. lalalala ..





Beside mi udang tu , kami ada nasi buffet .

Berikutan pengalaman makan nasi buffet hari-II membolehkan kami begitu cekap mengambil nasi dengan pantas sepantas bunyi kriuk-II dalam perut .

Then before balik , kami singgah di Kuala Kangsar kat Kilang Labu Sayong . Siyes , adore their creativity and hardwork !



Okay .. tamatlah lawatan kami . Cehh . Sampai kat sekolah , Kita PHOTOSHOOT sikit okayyy !




Yours austere , 


-RasyiNajihah2708-













No comments:

Post a Comment